More

    Netflix bakal berubah? Siaran TV 24 jam dilapor dalam perancangan

    Netflix dilaporkan sedang menjalankan perbincangan dalaman bagi memperkenalkan saluran televisyen langsung yang bersiaran 24 jam sehari. Langkah ini diambil susulan data menunjukkan penurunan dalam tempoh masa tontonan dan kadar penyempurnaan siri serta filem dalam kalangan penggunanya.

    Saluran televisyen langsung dijangka memfokuskan kepada program bertema atau genre tertentu bagi memudahkan pengguna tanpa perlu mencari kandungan secara manual. Selain saluran langsung, Netflix turut mempertimbangkan strategi menawarkan pakej langganan perkhidmatan striming pihak ketiga melalui aplikasi utamanya.

    Model ini dijangka membolehkan pengguna mengakses platform lain seperti Peacock secara terus dari antaramuka Netflix serupa dengan pendekatan yang telah dilaksanakan oleh pesaing seperti Apple dan Amazon. Ia dilihat sebagai anjakan besar daripada model perniagaan asal Netflix yang hanya memfokuskan kepada kandungan atas permintaan.

    Menurut laporan, pihak pengurusan syarikat semakin memberi tumpuan kepada metrik penglibatan penonton sebagai petunjuk utama kepuasan pelanggan dan kestabilan langganan. Data Nielsen menunjukkan bahagian pasaran tontonan TV Netflix di Amerika Syarikat jatuh kepada 7.8 peratus pada April lalu iaitu tahap terendah sejak Mei 2025.

    Selain itu, Netflix dilaporkan sedang mengadakan perbincangan sulit mengenai bidaan hak penyiaran untuk Piala Dunia FIFA 2030 dan 2034. Penglibatan dalam kandungan siaran langsung dilihat sebagai pemangkin penting bagi segmen pengiklanan syarikat yang disasarkan untuk menggandakan pendapatan kepada AS$3 bilion tahun ini.

    Siaran langsung juga membolehkan Netflix menayangkan iklan yang tidak boleh dilangkau yang meningkatkan potensi hasil pendapatan pengiklanan mereka. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WSJ

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured