More

    Netflix benarkan penambahan profil baharu dengan kadar yang lebih murah

    Sejak sekian lama, Netflix mengetahui bahawa ramai pengguna berkongsi kos langganan Netflix dengan rakan-rakan melalui perkongsian akaun dan kata laluan. Kira-kira 15% trafik Netflix sebenarnya adalah daripada pengguna haram yang meminjam akaun rakan mereka.

    Baru-baru ini, Netflix secara rasmi mengumumkan bahawa pemilik akaun utama boleh membuka profil kedua dan seterusnya (maksimum 5 profil dalam satu akaun) akan dikenakan bayaran tambahan. Netflix sedang menjalankan ujian ciri ini di Peru, Chile dan Costa Rica serta mengenakan harga bulanan yang minimum.

    Tidak seperti pelan keluarga sebelum ini, anda boleh mempunyai log masuk, kata laluan dan cadangan kandungan mengikut cita rasa sendiri tanpa sambungan kepada akaun orang lain. Mengikut harga yang ditetapkan, kadarnya hanya AS$2.99 (~RM12.57).

    Netflix juga sedang menguji ciri baharu di mana pengguna boleh memindahkan profil mereka ke akaun yang lain atau menjadi salah satu sub-akaun membolehkan pengguna beralih ke profil secara berasingan tanpa kehilangan akses kepada tetapan kandungan mereka.

    Walaupun ciri baharu ini mungkin tidak memberi banyak impak, ia juga merupakan cara Netflix mengehadkan log masuk akaun melalui perkongsian. Berkongsi kata laluan merupakan salah satu pelanggaran syarat perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu syarat ketat namun Netflix tidak pernah mengambilnya secara serius sebelum ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gamespot

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...