More

    Netflix berikan lebih banyak ciri tapisan kandungan untuk ibu bapa kawal tontonan anak-anak

    Dalam usaha untuk menjadikan Netflix lebih sesuai ditonton oleh seisi keluarga, Netflix telah memperkenalkan lebih banyak kemudahan bagi ibu bapa untuk menapis kandungan yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

    Netflix kini membenarkan pengenalan nombor PIN untuk profil berasingan bagi mengelakkan kanak-kanak untuk mengaksesnya.

    Ibu bapa juga boleh menapis (filter) tajuk-tajuk filem atau siri televisyen yang mereka rasakan tidak sesuai untuk kanak-kanak. Penapis ini telah disusun oleh Netflix mengikut pengkelasan filem setiap negara agar ia lebih mudah digunakan. Jika penapis itu masih tidak mencukupi, ibu bapa boleh membuang sendiri tajuk-tajuk filem agar ia tidak muncul dalam profil Netflix.

    Ibu bapa boleh meneliti tetapan profil masing-masing dalam bahagian “Profile and Parental Controls”, di mana mereka boleh melihat senarai video yang telah ditonton oleh anak-anak mereka dan mematikan “auto-play” dalam profil anak-anak.

    Beritahu kami di Facebook jika ini membuatkan anda lebih selesa membiarkan anak anda menonton Netflix dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured