More

    Netflix lancarkan ciri “Double Thumbs Up”, penilaian rancangan baharu yang anda gemar

    Pada kebanyakan platform sosial, memberikan tanda ibu jari (thumbs up) ialah isyarat yang difahami secara meluas tentang sesuatu yang orang ramai bersetuju. Tetapi bagaimana jika penonton sesebuah rancangan mahu memberi lebih? Netflix kini telah melancarkan ciri Double Thumbs Up untuk rancangan kegemaran anda.

    Menurut Netflix, pilihan Double Thumbs Up akan tersedia hari ini di semua platform seperti TV, pelayar web, Android dan iOS. Ciri Double Thumbs Up ialah cara baharu untuk pengguna Netflix menzahirkan minat mereka kepada rancangan tersebut.

    Dengan nilai yang anda berikan, profil anda akan mempunyai pengesyoran yang lebih baik di mana pilihan rancangan mencerminkan perkara yang anda suka tonton. Dalam erti kata lain, Netflix menggunakan Double Thumbs Up untuk memperhalusi syor anda dengan lebih baik untuk menonton rancangan yang serupa.

    Manakala ciri Thumbs Up tunggal masih berfungsi seperti sebelum ini. Ciri Double Thumbs Up lebih khusus dengan cadangan anda. Contohnya, jika anda menyukai Attack on Titan, maka anda mungkin melihat lebih banyak rancangan anime atau pelakon itu sendiri daripada rancangan lain.

    Apa pendapat anda tentang ciri Double Thumbs Up ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Netflix

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured