More

    Netizen mulakan kempen #CancelNetlix berikutan filem berunsur pedofilia dan Islamofobia

    Netizen telah memulakan kempen untuk memboikot platform penstriman terkemuka, Netflix di media sosial dengan hashtag #CancelNetflix selepas sebuah filem keluaran Netflix yang bertajuk Mignonnes atau lebih dikenali sebagai Cuties itu dilihat memaparkan pelakon muda dengan cara seksual yang berlebihan.

    Filem itu telah diarahkan oleh Maimouna Doucoure dan telah mula disiarkan pada 9 September yang lalu. Sehari selepas penyiaran, lebih dari 200,000 tweet dengan hashtag #CancelNetflix telah menjadi topik yang hangat di laman sosial Twitter.

    Filem Cuties ini adalah sebuah filem mengenai seorang kanak-kanak 11 tahun beragama Islam dan berdarah Senegal yang menetap di Paris menyertai kumpulan tarian untuk larikan diri dari sekatan kehidupan keluarganya.

    Pelbagai komen dari orang kenamaan terutamanya ahli politik Republican di Amerika Syarikat telah menyatakan bahawa filem ini sangat terpesong dari segi moral dan etika kerana melebih-lebihkan seksualisasi pada kanak-kanak perempuan yang masih kecil lagi.

    Walau bagaimanapun, Netflix memberi kenyataan bahawa filem Cuties ini adalah komen sosial terhadap seksualisasi kanak-kanak kecil. Neflix juga berkata filem ini adalah filem pemenang anugerah dan ianya adalah kisah mengenai tekanan yang dihadapi oleh gadis-gadis muda di media sosial dan dari masyarakat yang secara amnya dewasa.

    Buat masa ini, filem Cuties ini masih lagi disiarkan di Netflix walaupun mendapat pelbagai komen negatif dari pengguna media sosial.

    Bagaimana dengan kontroversi filem Cuties ini? Berikan pendapat anda mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured