More

    Neymar akan buat penampilan khas dalam Fortnite

    Permainan video battle royale Fortnite sangat popular dengan pelbagai kolaborasi bersama selebriti terkenal seperti rapper Travis Scott, pelakon Jason Momoa, pengarah JJ Abrams dan ramai lagi. Kini pemain bola sepak yang amat terkenal dari Brazil, Neymar Jr, akan membuat penampilan khas dalam game tersebut pada 16 Mac.

    Pembina Fortnite, Epic Games, telah berkongsi klip video pendek untuk Season 6 yang menunjukkan jersi nombor 10 milik Neymar serta gambar bola sepak yang digunakan dalam Piala Dunia 2014 di Brazil. Sementara itu, Neymar sendiri turut menciap video Fortnite itu yang mengesahkan kolaborasinya dengan Epic Games.

    Masih tidak pasti bagaimana Neymar akan muncul dalam Fortnite. Kolaborasi ini dibuat sempena acara Zero Crisis Finale, iaitu mod pemain tunggal (single-player mode) pertama untuk Fortnite yang akan berlaku dalam Chapter 2 Season 6.

    Ini juga bukanlah kali pertama Fortnite menganjurkan acara bertemakan bola sepak. Pada bulan Januari 2021, game itu memperkenalkan jersi kelab-kelab bola sepak seperti Manchester City, AC Milan, AS Roma, Juventus dan banyak lagi untuk dipakaikan pada karakter pemain.

    Beritahu kami di Facebook jika anda teruja dengan kehadiran Neymar dalam Fortnite dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured