More

    Nikmati banyak fungsi unik yang hanya terdapat pada telefon lipat Samsung Galaxy Z Flip4!

    Sejak pengenalan Samsung Galaxy Fold pada 2019, telefon pintar lipat semakin mendapat sambutan dalam kalangan pengguna di Malaysia. Sebagai sebuah syarikat yang menghasilkan telefon lipat berkualiti tinggi, Samsung kini turut menyediakan sebuah telefon lipat dengan harga sekitar RM4,000 untuk menjadikan kategori telefon ini lebih mampu dimiliki oleh semua orang.

    Telefon ini adalah Samsung Galaxy Z Flip4 yang dijual pada harga bermula RM4,099. Ia mempunyai pelbagai fungsi unik untuk memanfaatkan rekaan lipat clamshell padanya, jadi ayuh kita lihat ciri-ciri menarik pada peranti kecil ini:

    Flex Mode tawarkan fungsi unik dengan separa lipatan

    Semua telefon lipat Samsung mempunyai Flex Mode iaitu mod khas yang hanya boleh diaktifkan apabila skrinnya dilipat secara separuh. Dengan Galaxy Z Flip4, anda boleh lipat skrinnya pada sebarang sudut yang anda inginkan untuk menonton video dengan selesa. Anda juga boleh melaraskan kecerahan skrin dan kelantangan audio dengan lebih mudah, dan terdapat juga fungsi mirip mousepad untuk memudahkan penggunaan sesetengah aplikasi.

    Untuk mengakses Flex Mode, hanya lipat sedikit skrin Galaxy Z Flip4 dan sebuah ikon lipat akan muncul di bahagian bawah kiri. Klik pada ikon itu untuk mengaktifkan Flex Mode yang boleh digunakan dalam kebanyakan aplikasi utama. Flex Mode juga boleh diaktifkan dalam Advanced Settings.

    Satu perkara yang menarik adalah Flex Mode boleh menawarkan fungsi yang berlainan untuk setiap aplikasi yang dibuka. Sebagai contoh, YouTube Music akan memaparkan kawalan muzik seperti main, jeda dan langkau, manakala Galeri pula memaparkan roda tetikus (mouse wheel) yang membenarkan anda zum masuk dan keluar sewaktu melihat gambar.

    Kawalan lagu dalam YouTube Music
    Mod mousepad
    Banyak fungsi skrin bawahan dalam Flex Mode
    Kegunaan “roda” sewaktu menyemak gambar dalam Gallery

    Ambil gambar pada sudut sempurna dengan FlexCam

    Selain Flex Mode, Galaxy Z Flip4 juga mempunyai mod FlexCam untuk digunakan bersama kameranya. Ini bermaksud anda boleh letakkan telefon, kemudian lipat skrinnya untuk mengambil gambar di hadapan. Tidak perlu lagi gunakan tripod untuk meletakkan telefon sewaktu mengambil gambar!

    Selain menawarkan fungsi kamera standard, FlexCam juga boleh merakam video dalam pelbagai sudut menggunakan kamera belakang dan hadapan. Memandangkan semakin ramai pengguna ingin merakam video secara menegak untuk dimuat naik ke dalam TikTok, Instagram Reels atau YouTube Shorts, FlexCam adalah fungsi yang sangat bernilai untuk aktiviti media sosial anda.

    Klik butang kuasa dua kali untuk menghidupkan kamera
    Boleh ambil gambar haiwan peliharaan dalam pelbagai sudut
    Kegunaan Flex Cam dalam Samsung Galaxy Z Flip4 dan Fold4

    Seperti yang anda boleh lihat, siri telefon lipat Samsung Galaxy Z menawarkan fungsi unik dengan mekanisme lipatnya melalui Flex Mode dan FlexCam. Fungsi lipatan fleksibel ini juga boleh menawarkan fungsi yang berlainan untuk setiap aplikasi, jadi anda berpeluang untuk meneroka kegunaan unik daripada skrin lipat ini.

    Jika anda berminat untuk memilikinya, Samsung Galaxy Z Flip4 kini sedang dijual dengan promosi khas di mana anda akan menerima hadiah bernilai RM1,298! Ini termasuklah jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch4 40mm, penggantian lapisan perlindungan (Protective Film Replacements) sebanyak tiga kali dan jaminan dua tahun untuk penggantian skrin.

    Selain itu, ia juga boleh dibeli dengan harga serendah RM2,404 melalui tawaran pertukaran telefon (trade-in). Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai peranti hebat ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured