More

    Nikmati prestasi “gaming” pantas dengan Samsung Galaxy A22 5G!

    Biasanya, telefon pintar yang dijual pada harga di bawah seribu ringgit sinonim dengan prestasi gaming yang sederhana sahaja kerana spesifikasinya yang tidak canggih. Walau bagaimanapun, Samsung Galaxy A22 5G kini menawarkan prestasi gaming yang sangat pantas dijual pada harga RM999 sahaja.

    Bagaimana telefon ini boleh meningkatkan pengalaman gaming anda? Pertama sekali, ia dilengkapi skrin TFT LCD berukuran 6.6 inci dengan kadar segar semula (refresh rate) 90Hz. Ini bermaksud segala imej yang dipaparkan pada skrin ini adalah lebih pantas berbanding kebanyakan telefon pintar lain dan membenarkan anda untuk bertindak balas dengan lebih cepat dalam situasi game yang genting.

    Nikmati skrin yang pantas dan besar dengan Samsung Galaxy A22 5G

    Selain itu, skrin Infinity-V dengan resolusi Full HD+ (1080×2400 piksel) ini juga mempunyai nisbah skrin-ke-badan yang tinggi, membuatkan hampir keseluruhan bahagian hadapan ini dilitupi dengan skrin. Ini bukan sahaja akan meningkatkan pengalaman anda sewaktu bermain game, malah menjadikan tontonan filem atau video lebih mengasyikkan.

    Sungguh pun begitu, skrin pantas sahaja tidak menjamin prestasi game yang baik. Bagi menjana prestasi yang cukup untuk kebanyakan game popular, Galaxy A22 5G dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 700 5G yang mampu untuk mengoperasikan pelbagai game popular seperti COD Mobile dan PUBG Mobile. Anda boleh memainkan game-game ini tanpa lag yang ketara dalam tetapan grafik tinggi.

    Selain itu, storan dalaman 128GB juga akan menyediakan ruang yang cukup untuk menyimpan puluhan game popular, malah masih mempunyai ruang untuk sebarang kemas kini (updates) daripada pembina game tersebut. Jika storan itu masih tidak cukup untuk gambar dan video anda, Galaxy A22 5G mempunyai ruang kad memori microSD untuk membesarkan storan anda sehingga 1TB. Sementara itu, RAM 8GB pula membenarkan anda untuk membuka beberapa aplikasi dan game serentak tanpa mengurangkan prestasi game anda.

    Cipset dan memori yang lengkap untuk pengalaman game pantas!

    Di samping prestasi game yang laju, Galaxy A22 5G juga adalah antara telefon termurah yang menyokong rangkaian 5G. Apabila rangkaian tersebut diperkenalkan di negara kita nanti, anda sudah bersedia untuk mengalami kelajuan internet yang sangat pantas dan stabil, mengurangkan lag dalam setiap game mudah alih anda.

    Tetapi dengan pelbagai fungsi canggih ini, adakah ia bermakna hayat bateri harian akan habis dengan cepat? Usah risau tentang hayat bateri, kerana Galaxy A22 5G dilengkapi bateri besar 5,000mAh yang tiada masalah untuk bertahan selama sehari, walaupun anda kerap bermain game. Untuk pengecasan pula, telefon ini menyokong kadar pengecasan sepantas 15W, jadi anda tidak perlu tunggu lama untuk mengecas baterinya hingga penuh.

    Bateri besar untuk bermain game dan melakukan pelbagai tugas lain sepanjang hari!

    Jadi adakah anda berminat untuk memiliki telefon hebat ini? Ketahui maklumat lanjut tentangnya di laman web Samsung Malaysia. Beritahau kami di Facebook jika anda tertarik dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja]

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured