More

    Nikmati prestasi “gaming” terpantas dengan 12th Gen Intel® Core™ dalam JOI Gaming PC X-treme!

    Adakah anda merancang untuk mendapatkan sebuah komputer gaming desktop? Jika anda menjawab ya, pastikan anda utamakan komputer yang dilengkapi pemprosesan 12th Gen Intel® Core™ berkuasa tinggi untuk prestasi pantas.

    Kalau anda tidak tahu tentang cara memilih dan membeli-belah komponen untuk komputer gaming, anda boleh dapatkan komputer yang siap dibina lengkap seperti JOI Gaming PC X-treme Bundles daripada Notebook Plaza. Berikut adalah bagaimana komputer berkuasakan Intel® ini boleh memuaskan pengalaman gaming anda:

    Kuasa dan kecekapan tinggi

    Apabila kita bercakap tentang CPU untuk desktop, pelbagai tugas (tasks) akan dimuatkan dalam pelbagai teras CPU menurut tanggungan workload. Teras-teras dalam kebanyakan CPU biasanya tidak mempunyai perbezaan dan prestasinya juga sama. Sungguh pun begitu, pemprosesan 12th Gen Intel® Core™ adalah berbeza.

    CPU baharu ini menampilkan seni bina hibrid (hybrid architecture) yang menggabungkan teras prestasi (performance cores atau P-cores) dan teras kecekapan (efficiency cores atau E-cores). Intel® telah mengoptimakan cip 12th Gen untuk pelbagai jenis tugas atau aplikasi, yang menghasilkan prestasi lebih baik untuk game, tugas produktiviti dan kerja kreatif.

    Aplikasi ringkas seperti WhatsApp akan menggunakan P-cores yang dikhaskan untuk tugas single thread atau lightly-threaded. Untuk program yang highly-threaded seperti game atau pelayar web, E-cores akan mengambil alih pemprosesannya.

    Kekal relevan pada masa akan datang

    Teknologi komputer biasanya memerlukan beberapa generasi atau kemas kini utama sebelum ia menawarkan peningkatan yang ketara, namun pemprosesan 12th Gen Intel® Core™ menawarkan peningkatan yang sangat ketara berbanding model sebelumnya. CPU baharu ini menawarkan pelbagai inovasi seperti sokongan PCIe 5.0, DDR5 RAM dan banyak lagi.

    Dengan PCIe 5.0, anda boleh dapatkan bandwith sebanyak dua kali ganda berbanding generasi sebelumnya. Ini membolehkan anda untuk memanfaatkan sepenuhnya kelajuan daripada storan atau kad grafik gred tinggi. Sementara itu, sokongan RAM DDR5 pula membenarkan kelajuan pemindahan data sehingga 4800 MT/s, iaitu 50 peratus lebih pantas daripada RAM DDR4.

    Grafik bersepadu yang lebih bagus

    12th Gen Intel® Core™ mempunyai grafik bersepadu (integrated graphics) Intel® UHD Graphics yang dikuasai oleh seni bina Xe Architecture terkini. GPU bersepadu baharu ini menawarkan tayangan video 8K HDR dengan warna yang terang dan menyokong sehingga empat skrin 4K serentak yang pastinya amat membantu untuk kegunaan multi-tugas.

    Wi-Fi pantas

    Di samping itu, 12th Gen Intel® Core™ mempunyai Intel® Wi-Fi 6E (Gig+) yang menawarkan kelajuan Wi-Fi lebih pantas berbanding sebelum ini iaitu sehingga tiga kali ganda. Ini adalah sangat berguna untuk tontonan video dengan kadar bitrate tinggi serta penyiaran langsung (live streaming) berkualiti tinggi.

    Jelasnya, 12th Gen Intel® Core™ menawarkan banyak naik taraf yang bernilai untuk para gamers dan ia dilengkapi dalam komputer X-treme JOI Gaming PCs oleh Notebook Plaza. Syarikat itu menawarkan pelbagai jenis komputer gaming untuk bajet anda, termasuklah model asas pada harga RM2,699. Terdapat juga tawaran belian-dengan-belian (PWP) untuk mereka yang ingin membeli kad grafik bersama komputer yang tidak mempunyai kad grafik di dalamnya.

    Jika anda berminat, layari laman web Notebook Plaza untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh membeli pakej komputer daripada kedai GLOO Concept Store atau laman webnya serta laman web iTworld.

    Komputer manakah yang anda akan beli sebagai stesen gaming anda yang seterusnya? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja]

     

    Artikel Terkini

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Apple naikkan harga langganan Apple Music untuk pengguna di Malaysia

    Apple telah menaikkan harga langganan bulanan bagi perkhidmatan penstriman muzik Apple Music di pasaran Malaysia. Berdasarkan kemas kini harga terbaharu, pelan individu...

    PMX kini ada kembar AI, boleh jawab soalan rakyat bila-bila masa

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelancaran avatar kecerdasan buatan rasmi yang dikenali sebagai PMX AI. Sistem digitalnya dibina oleh Zetrix AI Bhd yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...