More

    Nikon Z 8 dilancar di Malaysia: Kamera tanpa cermin dengan sensor penuh, rakaman 8K, bermula RM18,338

    Nikon Malaysia telah melancarkan kamera tanpa cermin dengan sensor penuh (mirrorless full-frame) terbaru iaitu Nikon Z 8. Ia menampilkan segala fungsi canggih yang boleh dijangkakan untuk kamera sensor penuh, dengan rekaan yang lebih ringan daripada kamera generasi sebelumnya.

    Nikon Z 8 mempunyai saiz yang lebih kecil sebanyak 30 peratus berbanding Nikon Z 9, manakala beratnya pula sekadar 910 gram sahaja. Kamera ini direka khas untuk ahli videografi, di mana ia boleh merakam video 8K UHD/30p selama 90 minit atau video 4K UHD/60p selama 125 minit.

    Untuk golongan profesional, ia boleh merakam dalam codec 12-bit N-RAW, ProRes RAW, 10-bit Apple ProRes 422 HQ dan 8 bit-H265 SDR. Ia juga boleh merakam dalam kadar 4K 120p untuk video gerak perlahan.

    Ia turut mempunyai fungsi Pre-Release Capture, di mana pengguna boleh merakam sehingga satu saat sebelum butang shutter ditekan sepenuhnya, atau sehingga empat saat selepas butang shutter ditekan sepenuhnya.

    Kebolehan autofokusnya sangat cepat, di mana ia boleh mengesan muka manusia walaupun pada saiz 3% daripada bingkai. Pengesanan subjek turut berfungsi dalam penjejakan 3D, autofokus auto-area dan 20 jenis autofokus wide-area. Autofokus ini boleh menjejak sehingga sembilan jenis subjek, termasuklah kapal terbang dengan Airplane Mode.

    Skrin kamera ini boleh diputar dalam empat paksi menegak/mendatar untuk penggunaan yang mudah dalam setiap sudut.

    Nikon Z 8 turut mempunyai fungsi pelembutan kulit (skin softening) yang akan mengesan muka manusia, kemudian melembutkan penampilan kulit sambil mengekalkan ketajaman pada mata dan rambut. Fungsi ini boleh digunakan dalam video, penyiaran langsung dan gambar. Portrait Impression Balance Effect pula akan melaraskan hue dan kecerahan secara automatik.

    Untuk ketahanan, Nikon Z 8 boleh digunakan dalam suhu serendah -10 darjah Celcius, di samping mempunyai badan yang kalis debu dan titisan air. Ini juga adalah kamera Nikon Z pertama yang mempunyai dua port USB, iaitu satu untuk pengecasan dan satu lagi untuk pemindahan data.

    "
    "

    Nikon Z 8 akan dijual di Malaysia oleh Futuromic Photo AV Sdn Bhd pada harga RM18,338 (kamera sahaja) atau RM22,608 (kamera+lensa 24-120mm f/4). Layari laman web Futuromic Photo AV untuk maklumat lanjut.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured