More

    Nilai Dogecoin meningkat sejak ia digunakan sebagai logo utama Twitter

    Jika anda kerap mendaftar masuk ke Twitter sejak beberapa hari lepas, anda akan perasan bahawa logo burung biru yang sinonim dengan perkhidmatan media sosial itu telah digantikan dengan logo anjing Shiba Inu atau lebih dikenali sebagai simbol kewangan kripto Dogecoin.

    Ini merupakan salah satu daripada pelbagai pembaharuan dalam Twitter yang diperkenalkan oleh CEO baharu Elon Musk sejak pengambilalihannya pada Oktober 2022. Sehingga sekarang, beliau masih belum menawarkan sebarang penjelasan tentang perubahan logo itu, namun beliau menulis beberapa ciapan yang mengulas tentangnya secara sinis.

    Beliau juga mengatakan tindakan itu diambil bagi mematuhi sebuah ciapan pada beberapa tahun lalu yang ingin menukar logo Twitter kepada Dogecoin.

    Jika pihak media ingin menanyakan soalan tentang perubahan itu kepada jabatan komunikasi Twitter, pihak media akan menerima balasan e-mel automatik yang mengandungi emoji smiling poop. Ramai yang mengandaikan jika ini sekadar jenaka April Fool’s, namun perkara ini masih berlangsung walaupun lima hari selepas tarikh 1 April.

    Sebelum ini, Musk merupakan seorang penyokong tegar terhadap kewangan kripto Dogecoin dan selepas beliau memperkenalkan pembaharuan ini dalam Twitter, nilai Dogecoin telah meningkat daripada USD0.079 kepada USD0.094.

    Pada masa yang sama, Musk juga sedang disaman oleh pelabur Dogecoin sebanyak USD258 bilion kerana beliau dituduh menggunakan kewangan kripto itu untuk melakukan sebuah skim penipuan piramid (pyramid scheme).

    Apakah pendapat anda tentang pembaharuan logo ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured