More

    Ninja Van Malaysia lancar 44 laluan global baharu pada harga mampu milik

    Ninja Van Malaysia hari ini memperkenalkan 44 laluan penghantaran antarabangsa baharu yang secara tidak langsung membolehkan perniagaan tempatan termasuk PKS menghantar produk ke 46 destinasi global di Asia Pasifik, Amerika Utara, Amerika Latin, Timur Tengah dan Eropah.

    Perkhidmatan ini ditawarkan sebagai pilihan paling berpatutan di pasaran dengan kadar lebih rendah berbanding penyedia konvensional. Harga penghantaran bermula serendah RM30 dengan anggaran tempoh tujuh hingga 12 hari.

    Pengirim boleh menguruskan penghantaran domestik dan antarabangsa menerusi satu papan pemuka yang sama dengan fungsi pesanan pukal, bantuan dokumentasi kastam, bil udara automatik dan perkhidmatan pintu ke pintu lengkap dengan penjejakan masa nyata.

    Pelancaran ini hadir seiring pertumbuhan e-dagang tempatan yang diunjur berkembang 14% setahun kepada RM36.2 bilion menjelang 2027 dengan lebih 1.51 juta perniagaan telah menyertai sektor tersebut sejak 2016. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured