More

    Nintendo sah naikkan harga Switch 2 untuk pasaran global mulai September 2026

    Nintendo kini secara rasmi mengumumkan semakan harga global untuk Nintendo Switch 2 dengan kenaikan harga bakal bermula di beberapa pasaran utama termasuk Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan Asia termasuk Malaysia. Kenaikan tersebut dibuat susulan perubahan keadaan pasaran semasa serta peningkatan kos operasi jangka panjang.

    Penganalisis industri pula percaya faktor utama di sebalik keputusan ini ialah kenaikan kos komponen seperti cip semikonduktor, memori dan perkakasan berkaitan AI yang kini semakin mahal akibat permintaan global yang tinggi. Situasi ini sebenarnya bukan lagi perkara baharu dalam industri teknologi dan gaming.

    Sejak dua tahun kebelakangan ini, banyak pengeluar mula menyemak semula harga produk premium mereka akibat tekanan kos pengeluaran dan rantaian bekalan global. Dalam masa sama, Nintendo memaklumkan bahawa harga untuk model asal keluarga Switch masih dikekalkan di beberapa pasaran tertentu.

    Namun di Jepun, model Switch OLED, Switch Lite dan Switch standard juga bakal menerima kenaikan harga bermula bulan ini. Bukan itu sahaja, Nintendo juga akan melaraskan harga langganan Nintendo Switch Online di beberapa negara termasuk Jepun dan Korea Selatan.

    Walaupun Nintendo masih belum mengumumkan harga di Malaysia, kesan kenaikan harga rasmi global ini dijangka akan dirasai dengan cepat menerusi pengimport dan penjual gaming tempatan. Ketika ini, Nintendo Switch 2 dijual sekitar RM2,488 bagi versi standard. Dengan pelarasan harga baharu, harga konsol itu berpotensi menghampiri RM2,700 bergantung kepada bundle, konfigurasi dan kadar pertukaran mata wang semasa.

    Walaupun harga semakin tinggi, Nintendo dilihat masih yakin permintaan terhadap Switch 2 akan kekal kukuh terutama dengan sokongan game first-party baharu serta kekuatan jenama Switch yang masih mendominasi pasaran gaming mudah alih global. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Nintendo

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...