More

    Nintendo Switch 2 akan dijual di Malaysia pada harga RM2,488, Mario Kart World Bundle RM2,688

    Nintendo telah mengesahkan bahawa konsol gaming mudah alih Nintendo Switch 2 bakal dilancarkan di Malaysia dalam tempoh Julai hingga September 2025. Memandangkan ia telah pun dilancar di Singapura dan Thailand pada 5 Jun 2025 serta Filipina pada 26 Jun 2025, Malaysia bakal menerimanya tidak lama lagi.

    Nintendo masih belum mengumumkan harga rasmi, namun pengedar-pengedar sah Nintendo seperti Convergent Distribution Malaysia telah pun menyenaraikan harganya. Nintendo Switch 2 akan dijual pada harga pasaran RM2,488, manakala pakej Switch 2 + Mario Kart World Bundle yang disertakan bersama game Mario Kart World pula berharga RM2,688.

    Lebih menarik, laman Nintendo Official Store dalam Shopee nampaknya lebih mengutamakan pakej bundle berbanding Switch 2 sahaja. Ia menyenaraikan 289 unit sedia dijual, manakala versi standard hanya dijual sebanyak 49 unit. Kami mengandaikan perkara yang sama dalam platform Lazada, namun ia tidak menyenaraikan jumlah unit yang sedia dijual.

    Harga Nintendo Switch 2 dalam Nintendo Official Store Shopee

    Berikut adalah spesifikasi penuh Nintendo Switch 2:

    • Skrin LCD 7.9 inci dengan resolusi 1080p, kadar segar semula 120Hz, HDR10, dan VRR (dalam mod handheld)
    • Docked mode menyokong resolusi sehingga 4K 60fps melalui HDMI
    • Pemproses NVIDIA Tegra T239 khas dengan Ampere GPU, ray tracing dan sokongan DLSS
    • 12GB LPDDR5X RAM (9GB untuk game)
    • 256GB storan dalaman UFS 3.1 , boleh dibesarkan dengan microSD Express sehingga 2TB
    • Bateri 5,220mAh
    • Sokongan Wi-Fi 6
    • Dua port USB-C
    • Joy-Con 2 controllers baharu dengan pelekap magnetik, fungsi cursor, dan mikrofon dalaman dengan pembatalan hingar
    • Fungsi GameChat dengan panggilan video atau audio, dikuasai oleh penjejakan muka AI

    Untuk game pula, ia akan dijual pada harga yang agak mahal. Berikut adalah senarai harga pasaran Malaysia untuk game Switch 2:

    • Mario Kart World – RM398
    • Tamagotchi Plaza Nintendo Switch 2 Edition – RM230
    • The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom Nintendo Switch 2 Edition – RM298
    • The Legend of Zelda: Breath of the Wild 2 Edition – RM265
    • Bravely Default: Flying Fairy Remaster – RM165

    Selain game, aksesori Switch 2 juga akan dijual di Malaysia. Berikut adalah senarai harga untuk aksesorinya:

    • Nintendo Switch 2 Pro Controller – RM388
    • Joy-Con 2.0 (L)/(R) Light Blue / Light – RM498
    • Joy-Con 2.0 (L)/(R) Blue – RM258
    • Joy-Con 2.0 (L)/(R) Red – RM258
    • Nintendo Switch 2 Charging Grip – RM183
    • Joy-Con 2 Wheel (sepasang) – RM108
    • Nintendo Switch 2 AC Adapter – RM168
    • Nintendo Switch 2 HDMI Cable – RM128
    • SanDisk microSD for Nintendo Switch 256GB – RM298

    Layari laman web Shopee atau Lazada untuk maklumat lanjut mengenainya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Nintendo Switch 2 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured