More

    Nintendo Switch 2 dilancar, bakal masuk pasaran Malaysia tidak lama lagi!

    Nintendo akhirnya memperkenalkan konsol permainan video yang dinanti-nantikan iaitu Nintendo Switch 2. Pelbagai maklumat telah didedahkan termasuk permainan yang bakal menyokong konsol ini. Switch 2 hadir dengan reka bentuk lebih besar berbanding pendahulunya.

    Skrin LCD sentuhnya kini bersaiz 7.9 inci dengan resolusi 1080p dan kadar segar semula sehingga 120Hz bergantung kepada permainan yang dimainkan serta menyokong HDR10. Apabila disambungkan ke televisyen menggunakan dock, resolusinya meningkat sehingga 4K dengan kadar bingkai 60FPS.

    Ia dikuasakan oleh pemproses khas daripada NVIDIA dengan storan dalaman sebanyak 256GB. Nintendo turut meningkatkan kualiti pembesar suara stereo serta menambah mikrofon baharu dengan teknologi pembatalan bunyi. Ciri GameChat baharu turut diperkenalkan yang membolehkan pemain berkomunikasi dalam talian dengan menekan butang C pada Joy-Con 2.

    Selain itu, Joy-Con 2 kini boleh berfungsi sebagai tetikus dan boleh dilekatkan secara magnetik pada konsol. Bateri Nintendo Switch 2 juga lebih besar dengan kapasiti 5,220 mAh yang meningkat daripada 4,310 mAh pada model sebelumnya. Konsol ini menyokong sambungan WiFi 6 dan dilengkapi dengan dua port USB-C.

    Walaupun masih menyokong kad microSD, Nintendo mengesahkan bahawa hanya microSD Express (sehingga 2TB) yang serasi dengan konsol ini. Nintendo merancang untuk melancarkan dua varian Switch 2 iaitu model standard dan Nintendo Switch 2 + Mario Kart World Bundle yang dijual pada harga $499.99 (~RM2,200). Beberapa permainan eksklusif Switch 2 dijangka lebih mahal.

    Mario Kart World akan dijual pada harga $79.99 (~RM350) manakala Donkey Kong Bananza berharga $69.99 (~RM310). Ini bukan kali pertama Nintendo menaikkan harga permainan memandangkan The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom juga pernah dijual pada harga $70.

    Nintendo mengesahkan sedang berusaha melancarkan perkhidmatan dalam talian di Malaysia termasuk Nintendo Switch Online dan Nintendo eShop. Kebanyakan permainan Switch juga disahkan boleh dimainkan di Switch 2 namun beberapa permainan akan ditawarkan sebagai versi khas Switch 2 Edition.

    Nintendo Switch 2 secara rasmi akan dilancarkan pada 5 Jun 2025 di pasaran Amerika Syarikat. Namun, bagi pasaran Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina, konsol ini akan tersedia antara bulan Julai hingga September tahun ini. Harga rasmi bagi pasaran Malaysia masih belum diumumkan tetapi harga bagi pasaran AS ialah $449.99 (~RM2,000) untuk model standard.

    "
    "

    Walaupun Switch 2 masih belum rasmi di Malaysia, peminat permainan video boleh menjangkakan kehadirannya dalam beberapa bulan akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Nintendo

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...