More

    Nintendo Switch 2 sah bakal dilancar di Asia Tenggara tapi mana Malaysia?

    Nintendo secara rasmi mengumumkan bahawa konsol generasi baharu Nintendo Switch 2 akan mula dijual di beberapa negara Asia Tenggara lebih awal daripada jangkaan. Menurut Facebook rasmi Nintendo SEA, Switch 2 akan dilancarkan pada 26 Jun 2025 di Singapura, Thailand dan Filipina.

    Namun, dalam pengumuman itu, Malaysia tidak disebut langsung, walaupun sebelum ini, Nintendo pernah menyatakan hasrat untuk membawa Switch 2 ke Malaysia dalam tempoh yang sama. Kekosongan ini menimbulkan pelbagai spekulasi dan reaksi di kalangan peminat Malaysia dengan ramai yang tertanya-tanya alasan disebalik pengabaian ini.

    Menurut laman rasmi Nintendo Malaysia, konsol ini masih disenaraikan untuk pelancaran antara Julai hingga September 2025, selari dengan pengumuman April lalu. Situasi ini membangkitkan harapan bahawa Nintendo tetap komited untuk melancarkan Switch 2 di negara kita, namun detik sebenar pelancarannya masih belum diumumkan.

    Keadaan ini mengingatkan kepada strategi pelancaran PlayStation 5 pada tahun 2020, apabila pelancaran di Malaysia tertunda beberapa minggu selepas pengumuman rasmi untuk pasaran Singapura. Oleh itu, peminat Nintendo di Malaysia disarankan untuk bersabar sementara menantikan pengumuman rasmi daripada Nintendo Malaysia atau pengedar sah.

    Secara ringkasnya, walaupun pengguna Malaysia berpeluang menikmati konsol tercanggih Nintendo tidak lama lagi, mereka hanya akan mendapat akses secara rasmi selepas pasaran awal dilancarkan dan pengedaran tempatan disahkan mungkin lewat Jun atau lebih.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...