More

    No Straight Roads, ‘game’ Malaysia yang dibina oleh ketua pereka FFXV, akan dilancarkan pada 30 Jun

    Game pertama yang dibina oleh studio dari Malaysia, Metronomik, akan dilancarkan pada 30 Jun ini. Game tersebut yang dinamakan No Straight Roads (NSR) kini boleh ditempah di PlayStation dan juga Epic Games Store untuk platform PC.

    Metronomik juga mengumumkan sebuah edisi khas Collector’s Edition yang merangkumi sebuah vinyl 12 inci yang menyertakan semua runut bunyi (soundtrack) dalam game tersebut, sepasang kayu drumstick NSR, buku seni yang mempunyai 64 muka surat dan semua ini dibungkuskan dalam sebuah kotak khas.

    Metronomik diketuai oleh Wan Hazmer, pembina game berpengalaman yang sebelum ini pernah bekerja di Square Enix dan menjadi ketua pereka (lead game desginer) untuk Final Fantasy XV. NSR adalah sebuah game pengembaraan aksi (action-adventure) yang menampilkan corak permainan berdasarkan muzik.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli game yang dibina oleh rakyat tempatan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: NSR Instagram

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured