More

    Nokia 2660 Flip, 5710 XpressAudio dan 8210 4G dilancar, bermula ~RM353

    Telefon terbaharu keluaran Nokia hadir dengan beberapa kemas kini perkakasan moden. Nokia telah melancarkan Nokia 8210 4G yang merupakan bayangan semula kepada Nokia 8210 1999 dan Nokia 2660 Flip. Nokia juga memberi penghormatan kepada XpressMusic dengan melancarkan Nokia 5710 XpressAudio iaitu telefon dengan fon telinga wayarles terbina dalam.

    Nokia 5710 XpressAudio ialah telefon yang paling menarik dalam pelancaran kali ini kerana terdapat fon telinga wayarles terbina di dalamnya. Bahagian belakang telefon mempunyai mekanisme gelongsor yang menempatkan fon wayarles dan mengecasnya semasa tidak digunakan.

    Anda boleh menggunakan fon telinga untuk mendengar muzik yang disimpan pada storan peranti sehingga 32GB melalui slot mikroSD atau Radio FM. Anda juga boleh menyambungkannya ke mana-mana peranti lain seperti telefon pintar atau tablet. Telefon ini juga mempunyai bicu audio 3.5mm.

    Nokia 5710 membawakan skrin warna QVGA 2.4 inci dan butang kawalan audio pada sisi telefon. Ia juga mempunyai kamera belakang VGA dan bateri 1,450 mAh boleh tanggal dengan penggunaan sehingga 6 jam masa bercakap 4G dan mengecas melalui mikroUSB. Ia menggunakan antara muka S30+. Nokia 5710 hadir dalam warna putih/merah dan hitam/merah dengan fon telinga yang sepadan dengan warna telefon.

    Nokia 8210 4G mengambil reka bentuk daripada model klasik yang dilancarkan pada tahun 1999 tetapi mengemas kini perkakasan di dalamnya. Terdapat paparan warna 2.8 QVGA, sambungan LTE dan sokongan untuk storan sehingga 32GB melalui kad mikroSD. Telefon ini diperbuat daripada polikarbonat dan terdapat dalam warna beige, biru dan merah.

    Terdapat bateri 1,450 mAH boleh tanggal dengan penggunaan sehingga 6 jam masa bercakap untuk 4G dan sehingga 19 hari dalam keadaan sedia. Tambahan lain termasuk Radio FM yang berfungsi dengan kedua-dua fon telinga berwayar dan wayarles, pemain MP3 terbina dalam dan game Ular kegemaran peminatnya.

    Nokia 2660 Flip pula membawakan ciri spesifikasi serupa seperti dua telefon Nokia baharu yang lain tetapi dalam bentuk kulit kerang (boleh lipat). Ia mempunyai skrin utama 2.8 inci QVGA, panel sekunder 1.77 inci, kamera VGA dan bateri 1,450mAh dengan penggunaan sehingga 20 hari dalam keadaan siap sedia.

    Nokia 2660 Flip juga mempunyai butang sentuhan yang besar dan Keserasian Alat Pendengaran (HAC) menjadikannya alternatif untuk pengguna warga emas. Peranti ini juga menggunakan antara muka S30+ dan menyokong pengembangan storan sehingga 32GB melalui kad SD. Ia datang dalam warna hitam, biru dan merah.

    "
    "

    Nokia 8210 4G dan Nokia 2660 Flip akan dijual pada harga £64.99 (~RM353) manakala Nokia 5710 XpressAudio akan dijual pada harga £74.99 (~RM395). Adakah anda berminat dengan telefon terbaharu keluaran Nokia ini?

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat info ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...