More

    Nokia 3210 rasmi di Malaysia dengan sambungan 4G, port USB-C berharga RM339

    Minggu lepas, HMD melancarkan Nokia 3210 klasik yang diberi nafas baharu dengan sambungan 4G dan port pengecasan USB-C untuk meraikan ulang tahun ke-25. Berita baik untuk semua bahawa ia kini tersedia di Malaysia.

    3210 dikuasakan oleh cip Unisoc T107 yang dipasangkan dengan RAM 64MB dan storan dalaman 128MB bersama-sama dengan slot kad mikroSD untuk pengembangan sehingga 32GB. Daripada segi reka bentuk, telefon ini masih mengekalkan identiti model 3210 klasik pada tahun 1999.

    Ia boleh didapati dalam tiga warna iaitu hitam, biru dan emas. Nokia 3210 4G menampilkan skrin 2.4 inci, papan kekunci fizikal yang boleh menetapkan 8 dail pintasan dan tekan lama kekunci “#” untuk mod senyap. Selain itu, telefon ini juga menyokong dwi-SIM 4G dan panggilan suara definisi tinggi VoLTE.

    Spesifikasi lain termasuk kamera utama 2MP dengan denyar, bateri berkapasiti 1,450mAh terbina dalam, pengecasan pantas 2.75W dan menyokong Bluetooth 5.0. Daripada segi perisian, sistem pengendalian S30+ mempunyai aplikasi awan untuk berita, cuaca dan YouTube Shorts, jadi anda tidak kehilangan kemudahan moden sepenuhnya.

    Spesifikasi Nokia 3210

    • Cipset Unisoc T107
    • RAM 64MB dan storan dalaman 128MB
    • Skrin 2.4 inci dengan resolusi 240 x 320 piksel, nisbah skrin 4:3
    • Kamera belakang 2MP dengan denyar LED
    • Bateri Li-Ion 1450 mAh
    • Bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.0, Radio FM, USB-C
    • Ukuran badan: 122 x 52 x 13.1mm
    • Warna: Biru, Emas dan Hitam
    • Harga: RM339

    Tidak lupa juga permainan ikonik daripada Nokia iaitu Snake klasik terbina dalam. Nokia 3210 4G boleh didapati secara rasmi di Shopee Nokia Mobile Flagship Store berharga RM339. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Nokia 3210 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured