More

    Nokia 3210 yang ikonik pada 90-an kini diberi nafas baharu dengan 4G

    HMD Global yang merupakan syarikat di sebalik peranti Nokia sedang melakar nostalgia. Menjelang pelancaran semula Nokia 6310, HMD Global kini juga sedang bersedia untuk mengeluarkan semula telefon ikonik Nokia 3210 pada 1999 dengan sedikit sentuhan moden.

    Nokia 3210 (2024) lebih cenderung ke arah reka bentuk 6310 berbanding 3210 asal. Telefon kini mempunyai rupa yang lebih kontemporari dengan bayangan masa lalu dalam bentuk dan logo Nokia yang diletakkan di bahagian tengah belakang.

    Bahagian belakang menempatkan kamera 2MP. Nokia 3210 (2024) menawarkan spesifikasi sederhana seperti paparan QVGA 2.4 inci manakala cipset menggunakan Unisoc T107. Pilihan storan dalaman adalah 64GB atau 128GB yang boleh dikembangkan melalui kad mikroSD.

    Baterinya berkapasiti 1,450 mAh dan ia juga mempunyai permainan Ular klasik untuk sentuhan nostalgia. Selain itu, telefon ini menawarkan sambungan sokongan dwi SIM (Nano-SIM), Bluetooth 5.0 dan port USB-C untuk mengecas. Ia juga mengekalkan bicu audio 3.5mm klasik dan menyokong rangkaian 4G.

    Nokia 3210 (2024) akan dilancarkan pada 8 Mei dan akan dijual pada harga €89 (~RM454). Buat ketika ini, kami masih belum mendapat sebarang maklumat jika ia akan tersedia untuk pasaran Malaysia pada masa akan datang. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Archive

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured