More

    Nokia akan lancarkan lima telefon termasuk Nokia 1.4 pada separuh pertama 2021

    HMD Global mungkin akan melancarkan lima telefon pintar Nokia sebelum Jun 2021, yang terdiri daripada Nokia 1.4, Nokia 6.3, Nokia 6.4, Nokia 7.3 dan Nokia 7.4. Telefon yang dipercayai paling awal akan dilancarkan adalah Nokia 1.4, di mana kami telah pun melaporkan spesifikasinya sebelum ini.

    Seterusnya adalah Nokia 6.3 dan Nokia 6.4 yang sebelum ini telah dikenal pasti dengan nama kod Quicksilver. Ia mungkin akan dilengkapi skrin 6.45 inci, empat kamera 24MP+12MP+2MP+2MP dan cipset Snapdragon 480.

    Sementara itu, Nokia 7.3 dan Nokia 7.4 pula dijangka akan dilengkapi Snapdragon 690, empat kamera 48MP+12MP+2MP+2MP dan skrin 90Hz berukuran 6.39 inci dengan resolusi Full HD+. Semua telefon ini dijangka akan hadir dengan bicu audio 3.5mm.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Nokia Power User

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured