More

    Nokia Amplify Malaysia pamerkan inovasi teknologi yang boleh bantu ekonomi digital tempatan

    Baru-baru ini, Nokia telah menganjurkan ‘Amplify Malaysia ‘ sebagai acara pameran teknologi yang mempercepatkan transformasi digital dan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Strategi Nokia terbaharu ialah menjadi peneraju inovasi teknologi B2B untuk menerajui pembangunan penyelesaian dan kemajuan rangkaian tercanggih. 

    Di Amplify Malaysia, Nokia mempersembahkan satu siri demonstrasi dan inovasi produk serta teknologi terkini merentasi portfolio perusahaan, rangkaian mudah alih, perkhidmatan awan, rangkaian dan teknologi infrastruktur rangkaiannya. 

    Dari kiri: Daniel Jaeger, Ketua Nokia Asia Tenggara, YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia dan Datuk Mohd Rauf Nasir, Pengarah Urusan Nokia Malaysia, Sri Lanka dan Maldives

    Disusun khas daripada penyertaan Nokia di MWC 2023 tahun ini, demo ini mempamerkan bagaimana Nokia boleh membentuk masa depan Malaysia dalam pelbagai industri dan memacu pertumbuhan sosio-ekonomi sepanjang perjalanan transformasi 5G dan digitalnya.

    Inovasi yang dipamerkan semasa acara tersebut termasuk:

    MX Industrial Edge – Direka untuk membantu industri perusahaan mempercepatkan inisiatif pendigitalan teknologi operasi yang dikuasakan oleh Nokia Digital Automation Cloud (Nokia DAC).

    NetGuard Cybersecurity Dome – Penyelesaian keselamatan siber 5G pra-binaan 5G berdasarkan keupayaan XDR kerana ia boleh membantu menilai risiko perniagaan, meningkatkan pembuatan keputusan dan mengawal kos.

    Nokia Optical Solutions Portfolio – Penyelesaian automasi rangkaian yang membantu pembekal perkhidmatan komunikasi (CSP), syarikat skala web dan perusahaan meningkatkan pendapatan, mempercepatkan penggunaan perkhidmatan dan membina rangkaian IP serta optik yang lebih dipercayai.

    Nokia Network Planning And Optimization Portfolio (NPO) – Perkhidmatan yang membantu mencapai pertumbuhan perniagaan yang mampan pada rangkaian mudah alih dan meningkatkan prestasi melalui gabungan, alatan dan proses yang inovatif.

    "
    "

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured