More

    Nokia C110 dan C300 diumum: SD 662, skrin 6.3″ dan bateri 5,000mAh berharga ~RM453

    HMD Global mengumumkan sepasang telefon pintar peringkat permulaan baharu. Nokia C110 membawakan skrin LCD 6.3 inci dengan resolusi HD+ dan cipset MediaTek Helio P22. Nokia C300 menampilkan LCD 6.52 inci dengan resolusi yang sama dan Snapdragon 662. Nokia C110 menampilkan kamera 13MP tunggal di belakangnya dan denyar LED.

    C300 pula menambah sensor kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP. C300 juga mempunyai kamera swafoto 8MP manakala C110 menampilkan sensor 5MP. Kedua-dua peranti baharu itu ditawarkan dengan RAM 3GB dan storan 32GB yang boleh dikembangkan melalui slot mikroSD. Kedua-duanya menggunakan sistem Android 12.

    Bateri C110 berkapsiti 3,000 mAh dengan pengecasan 5W manakala bateri C300 berkapsiti 4,000 mAh dengan pengecasan 10W. Kedua-dua telefon mempunyai bingkai dan belakang polikarbonat, penarafan IP52 dan bicu audio.

    Nokia C110 hadir dalam warna kelabu dengan harga $99 (~RM453). Nokia C300 ditawarkan dalam warna biru dengan berharga $139 (~RM636). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Nokia 1|2

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured