More

    Nokia cari rakan kongsi baharu, rancang untuk menyinar semula menjelang 2026

    Nokia dilaporkan sedang merancang untuk kembali ke pasaran telefon pintar selepas beberapa tahun menumpukan kepada peranti asas dan teknologi rangkaian. Menurut laporan terkini, Nokia sedang mencari rakan kongsi pengeluar peranti berskala besar bagi merealisasikan rancangan tersebut.

    Spekulasi ini timbul selepas Nokia dikatakan memuat naik panggilan terbuka di subreddit rasmi yang mengajak pengeluar untuk menghubungi mereka melalui laman Nokia Partner. Walaupun hantaran itu telah dipadam, ia telah mencetuskan tanda tanya sama ada Nokia benar-benar sedang bersedia untuk melancarkan semula telefon pintar berjenama sendiri.

    Langkah ini dilihat seiring dengan tempoh berakhirnya lesen pengeluaran telefon pintar oleh HMD Global yang dijangka tamat pada tahun 2026. Sepanjang kerjasama bersama HMD, Nokia pernah memperkenalkan beberapa model seperti Nokia G60 dan XR21 yang menonjol dengan ketahanan fizikal namun gagal memberikan impak besar dalam pasaran telefon pintar global.

    Dengan kekuatan portfolio paten 5G dan reputasi jenama yang masih kukuh, langkah mencari rakan kongsi baharu ini berpotensi membuka lembaran baharu bagi Nokia. Walau bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi atau maklumat lanjut mengenai pengeluar yang terlibat mahupun jadual pelancaran setakat ini.

    Jika rancangan ini diteruskan, Nokia dijangka mengumumkan kerjasama rasmi seawal hujung 2025 atau pada tahun 2026. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reddit

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...