More

    Nokia G11 dilancar: Unisoc T606, storan 32GB dan bateri 5,050mAh berharga ~RM755

    Secara senyap-senyap Nokia telah melancarkan model G11 dan ia hanya muncul di laman rasminya. Telefon ini menjanjikan hayat bateri yang panjang dan dua kemas kini OS utama. Nokia G11 berkongsi kebanyakan perkakasannya dengan Nokia G21 tetapi dilengkapi dengan kamera utama yang diturunkan taraf dan badan yang lebih ringan.

    Nokia G11 dilengkapi cipset Unisoc T606, RAM 3GB, storan 32GB dan slot mikro SD sehingga 512GB. Bahagian belakangnya terdapat tiga kamera yang mana kamera utamanya 13MP, sensor kedalaman dan makro 2MP. Kamera swafotonya pula 8MP diletakkan pada takuk titisan air (water drop).

    Nokia G11 mempunyai paparan LCD 6.5 inci beresolusi HD+ , kadar penyegaran semula 90Hz, kadar pensampelan sentuhan 180Hz dan bateri berkapasiti 5,050 mAh dengan sokongan pengecasan 18W yang dikatakan boleh bertahan sehingga tiga hari. Malangnya, palam pengecasan yang diberikan hanya pada kadar 10W sahaja.

    Nokia G11 menjanjikan telefon pintar tahap permulaan dengan ciri kemas kini keselamatan selama tiga tahun dan dua kemas kini OS utama. Ia menggunakan sistem operasi Android 11. Telefon ini berharga €159 (~RM755) dan tersedia dalam dua warna iaitu Biru Ais atau Kelabu Arang.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured