More

    Nokia G22 dilancar sebagai sebuah telefon yang mudah dibaiki, berharga ~RM840

    Nokia HMD telah melancarkan Nokia G22 4G iaitu sebuah telefon pintar kelas permulaan unik yang memfokuskan pada kemudahan untuk membaiki serta menjaga kelestarian alam. Pelbagai komponen dalaman telefon ini mudah diganti supaya pengguna boleh menggunakan telefon ini selama mungkin.

    Sebagai contoh, bateri Nokia G22 boleh ditukar sepantas lima minit sahaja dengan menggunakan alat pemutar skru, alat pemasan kad SIM dan pemetik gitar. Pengguna tidak perlu lagi menghangatkan permukaan belakang telefon dan menggunakan lapisan alkohol untuk menukar bateri dalam telefon.

    Permukaan belakang Nokia G22 dibuat sepenuhnya daripada plastik kitar semula. Sementara itu, penggantian skrin pula mengambil masa 20 minit dengan beberapa alat tambahan.

    Nokia telah bekerjasama dengan perkhidmatan pembaikian telefon iFixit untuk menyediakan alat, panduan dan komponen yang pelanggan perlukan untuk mengganti skrin, port pengecasan atau bateri secara sendirian. Jika anda tidak berminat untuk membaiki telefon ini sendiri, anda boleh hantarnya ke pusat servis untuk khidmat pembaikian.

    Untuk spesifikasi, Nokia G22 dilengkapi skrin berukuran 6.52 inci dengan resolusi HD+, kadar segar semula 90Hz dan dibina dengan kaca Corning Gorilla Glass 3, cipset Unisoc T606, RAM 4GB, storan dalaman 64GB atau 128GB dan sistem operasi Android 12 yang akan menerima kemas kini sehingga Android 14.

    Baterinya berkapasiti 5,050mAh dan menyokong kadar pengecasan pantas 20W. Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 8MP.

    Nokia G22 akan dijual di Eropah pada harga bermula EUR179 (~RM840). Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured