More

    Nokia G42 5G bakal dilancar: SD 480+, skrin 90Hz 6.56″, kamera 50MP dan bateri 5,000mAh

    HMD Global, yang terkenal dengan telefon Nokia telah menjana keterujaan dalam pasaran telefon pintar India dengan mendedahkan Nokia G42 5G seperti yang dikhabar anginkan pada laporan sebelum ini.

    Video promosi yang disiarkan pada platform X (Twitter) membayangkan penambahan yang dinanti-nantikan kepada keluarga telefon pintar Nokia. Aspek yang perlu diberi perhatian adalah telefon pintar ini dengan bangganya “dibangunkan di India” dan akan disediakan secara eksklusif di Amazon.

    Ia akan hadir dalam warna kelabu dan ungu yang bergaya yang mungkin dilancarkan pada 11 September 2023 sambil menawarkan teknologi 5G kepada pengguna India. Nokia G42 5G menampilkan paparan 6.56 inci dengan Corning Gorilla Glass 3 untuk ketahanan, kadar penyegaran semula 90Hz dan kecerahan sehingga 560 nits untuk pengalaman visual yang bertenaga.

    Keupayaan kameranya termasuk tri-kamera belakang di mana salah satunya adalah kamera AI 50MP dan kamera hadapan 8MP dengan pelbagai ciri seperti mod Malam, Penglihatan Gelap, mod Tripod, potret AI, mod 50MP dengan HDR dan rakaman Audio 3D OZO. Ia dikuasakan oleh cipset Snapdragon 480+ 5G, bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 20W.

    Pengguna boleh memilih antara varian RAM 6GB atau 4GB dengan storan dalaman 128GB boleh dikembangkan sehingga 1TB melalui slot kad mikroSD. Selain itu, peranti ini menawarkan RAM maya 5GB untuk meningkatkan keupayaan berbilang tugas.

    Buat sementara ini, kami tidak pasti sama ada peranti ini akan dilancarkan secara global termasuk Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: bqprime

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured