More

    Nokia mungkin akan lancarkan Nokia C3 tidak lama lagi bersama Nokia 5.3

    Nokia Mobile India telah memuat naik sebuah video pendek tentang pelancaran sebuah produk baru daripada syarikat tersebut. Dalam video itu, Nokia menunjukkan garis luaran sebuah telefon bimbit dan sebuah telefon pintar.

    Sementara itu, Pegawai Ketua Produk HMD Global Juho Sarvikas turut memuat naik sebuah video yang berlainan untuk dua telefon ini.

    Telefon yang akan dilancarkan ini mungkin adalah Nokia C3 yang telah mendapat liputan meluas dalam tempoh terdekat. Telefon kelas permulaan ini telah pun dilancarkan di China pada awal bulan ini dan ia dilengkapi skrin HD+ 5.99 inci, pemproses UNISOC, RAM 3GB, storan 32GB, kamera utama 8MP, kamera swafoto 5MP, bateri 3,050mAh dan pengimbas cap jari.

    Nokia C3 dijangka akan dilancarkan di samping Nokia 5.3 yang sudah pun disahkan akan dilancar pada 25 Ogos. Nokia 5.3 dilapor akan dilengkapi skrin HD+ 6.55 inci, pemproses Snapdragon 665, bateri 4,000mAh, pengecasan 10W dan empat kamera di belakang termasuk kamera utama 13MP.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured