More

    Nokia mungkin lancarkan semula Nokia N95, kekalkan rekaan bergelongsor

    Nokia N95 yang dilancarkan pada 2007 merupakan antara telefon Nokia yang paling popular, dengan rekaan uniknya yang menampilkan mekanisme bergelongsor untuk menggunakannya. Kini, seorang YouTube menunjukkan bahawa Nokia mungkin telah merancang untuk melancar semula telefon tersebut selepas memaparkan unit prototaip untuk N95.

    Dalam sebuah video, Michael Fisher menunjukkan sebuah prototaip tidak berfungsi untuk Nokia N95 bagi melihat rekaan luarannya. N95 baru ini mempunyai rekaan yang mirip dengan telefon-telefon lain pada tahun 2020, dengan skrin penuh di hadapan dan bonggol kamera di belakang, namun badannya sebenarnya terdiri daripada dua bahagian utama di mana dua bahagian tersebut boleh digelongsorkan seperti N95 asal.

    Walau bagaimanapun, N95 baru ini boleh gelongsor ke tepi, bukannya ke atas-bawah seperti dalam N95 asal. Mekanisme ini digunakan untuk menyorokkan kamera swafoto, lampu kilat dan pembesar suara. Selain itu, terdapat juga sebuah cincin di sekeliling bonggol kamera yang boleh dilipat keluar untuk dijadikan tongkat sewaktu telefon itu dibaringkan.

    Setakat ini masih tiada maklumat lanjut tentang Nokia N95 yang dibina semula ini dan Michael mengatakan Nokia tidak mempunyai perancangan untuk melancarkannya. Kongsi pendapat anda tentang reka bentuk telefon ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured