More

    Nokia siri X, G dan C dilancar : Cipset Snapdragon 480 5G, bateri 5,050mAh dan lensa Zeiss

    Terbaru, HMD Global telah mengumumkan barisan telefon pintar Nokia baru yang terdiri dari beberapa siri berlainan termasuklah siri X, G dan C.

    Siri Nokia baru ini dilihat mempunyai sasaran pengguna yang berbeza. Telefon siri C adalah sebuah telefon kelas permulaan dengan spesifikasi yang rendah, manakala siri X adalah telefon dengan bateri yang tahan lama. Telefon siri G pula adalah telefon kelas pertengahan yang hadir dengan sokongan perisian selama 3 tahun.

    Berikut adalah spesifikasi telefon Nokia yang baru dilancarkan:

    Nokia X20

    • Cipset Qualcomm Snapdragon 480 5G
    • Berat : 220g
    • RAM & storan: 6GB + 128GB, 8GB + 128GB, sokong kad MicroSD (sehingga 512GB)
    • Skrin 6.67 inci FHD+ LCD punch hole
    • Kamera utama 64MP (ZEISS) + ultra lebar 5MP + makro 2MP + kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Butang Google Assistant, sensor cap jari sisi
    • Sokong 802.11b/g/n/ac, Bluetooth 5.0, 4G LTE dan 5G
    • Perisian Android 11 (Kemaskini selama 3 tahun)
    • Bateri 4,470mAh dengan pengecasan pantas 18W USB-C
    • Bakal dilancar bulan Mei dengan pilihan warna Midnight Sun dan Nordic Blue

    Nokia X10

    • Cipset Qualcomm Snapdragon 480 5G
    • Berat : 210g
    • RAM & storan: 4GB + 128GB, 6GB + 64GB, 6GB + 128GB, sokong kad MicroSD (sehingga 512GB)
    • Skrin 6.67 inci FHD+ LCD punch hole
    • Kamera utama 64MP (ZEISS) + ultra lebar 5MP + makro 2MP + kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 8MP
    • Butang Google Assistant, sensor cap jari sisi, IP52
    • Sokong 802.11b/g/n/ac, Bluetooth 5.0, 4G LTE dan 5G
    • Perisian Android 11 (Kemaskini selama 3 tahun)
    • Bateri 4,470mAh dengan pengecasan pantas 18W USB-C
    • Bakal dilancar bulan Jun dengan pilihan Forest dan Snow

    Nokia G20

    • Cipset Mediatek G35
    • Berat : 197g
    • RAM & storan: 4GB + 64GB, 4GB + 128GB, sokong kad MicroSD (sehingga 512GB)
    • Skrin 6.5 inci HD+ LCD takuk V
    • Kamera utama 48MP + ultra lebar 5MP + makro 2MP + kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 8MP
    • Butang Google Assistant, sensor cap jari sisi, IPX2
    • Sokong 802.11b/g/n/ac, Bluetooth 5.0, 4G LTE
    • Perisian Android 11 (Kemaskini selama 2 tahun)
    • Bateri 5,050mAh, port USB-C
    • Bakal dilancar bulan Mei dengan pilihan warna Night dan Glacier

    Nokia G10

    • Cipset Mediatek G25
    • Berat : 194g
    • RAM & storan: 3GB + 32GB, 4GB + 64GB, sokong kad MicroSD (sehingga 512GB)
    • Skrin 6.5 inci HD+ LCD takuk V
    • Kamera utama 13MP + makro 2MP + kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 8MP
    • Butang Google Assistant, sensor cap jari sisi, IPX2
    • Sokong 802.11b/g/n/ac, Bluetooth 5.0, 4G LTE
    • Perisian Android 11 (Kemaskini selama 2 tahun)
    • Bateri 5,050mAh, port USB-C
    • Bakal dilancar hujung bulan April dengan pilihan warna Night dan Dusk

    Nokia C20

    • Cipset Unisoc SC9863a
    • Berat : 191g
    • RAM & storan: 1GB + 16GB, 2GB + 32GB, sokong kad MicroSD (sehingga 256GB)
    • Skrin 6.5 inci HD+ LCD takuk V
    • Kamera 5MP
    • Kamera swafoto 5MP
    • Sokong 802.11b/g/n, Bluetooth 4.2
    • Perisian Android 11 edisi GO (Kemaskini selama 2 tahun)
    • Bateri 3,000mAh, port microUSB 2.0
    • Bakal dilancar bulan Jun dengan pilihan warna Sand dan Dark Blue

    Nokia C10

    • Cipset Unisoc SC7331e
    • Berat : 191g
    • RAM & storan: 1GB + 16GB, 1GB + 32GB, 2GB + 16GB, sokong kad MicroSD (sehingga 256GB)
    • Skrin 6.5 inci HD+ LCD takuk V
    • Kamera 5MP
    • Kamera swafoto 5MP
    • Sokong 802.11b/g/n, Bluetooth 4.2
    • Perisian Android 11 edisi GO (Kemaskini selama 2 tahun)
    • Bateri 3,000mAh, port microUSB 2.0
    • Dilancar dengan pilihan warna Light Purple dan Grey

    Selain telefon pintar Nokia ini, HMD Global turut juga memperkenalkan fon telinga Nokia Lite EarBuds (BH205) yang ditawarkan dengan pilihan warna Polar Sea dan Charcoal.

    Nokia Lite Earbuds hadir dengan pemacu 6mm, panel sentuh dan menyokong Bluetooth 5.0. Fon telinga ini dilengkapi bateri 40mAh yang dapat bertahan selama 6 jam, manakala bekas pengecasnya pula dilengkapi bateri 400mAh yang mampu bertahan sehingga 36 jam.

    Buat masa ini, tiada lagi harga dan tarikh rasmi keberadaan peranti ini di pasaran Malaysia. Nantikan berita lanjut mengenai peranti baru Nokia di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured