More

    Nothing akan lancarkan fon kepala “over-ear” pada tahun ini

    Syarikat teknologi Nothing yang popular dengan telefon pintar dan fon telinga wayarlesnya mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan kategori baharu dalam rangkaian produknya iaitu fon kepala over-ear.

    Nothing telah bekerjasama dengan syarikat audio dari British, KEF, bagi membangunkan produk audio ini, serta lain-lain produk yang berada dalam perancangan. Nothing juga telah memuat naik sebuah video tentang proses perbincangan yang dilakukan untuk membangunkannya.

    Buat masa ini, Nothing masih belum berkongsi maklumat yang spesifik tentang fon kepalanya. Pereka-pereka Nothing berkata ia bakal mempunyai rekaan yang lebih unik berbanding produk lain di pasaran serta mempunyai butang yang mudah dikenali.

    Ia juga bakal mempunyai kualiti audio premium dan akan dijual pada harga yang lebih rendah berbanding Apple AirPods Max. Buat masa ini, Nothing mengatakan ia akan dilancarkan pada musim panas tahun ini, iaitu sekitar bulan Jun hingga September.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon kepala Nothing dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured