More

    Nothing akan lancarkan fon telinga wayarles Ear (stick) pada 26 Oktober 2022

    Syarikat teknologi Nothing bakal melancarkan fon telinga wayarlesnya yang kedua iaitu Nothing Ear (stick) pada hari Rabu, 26 Oktober 2022 jam 3:00 petang BST (10:00 malam waktu Malaysia).

    Di Twitter, Nothing juga telah berkongsi rupa bentuk fon telinga itu bersama bekasnya yang berbentuk silinder. Nampaknya fon telinga ini akan dikhaskan untuk keselesaan pengguna, di mana ia bakal mempunyai berat 4.4 gram sahaja untuk sebelah fon telinga.

    Setakat ini masih tidak pasti apakah fungsi audio yang ditawarkan pada Ear (stick). Sebelum ini, Nothing Ear (1) mempunyai pembatalan hingar aktif, pemacu 11.6mm dan audio yang ditala oleh Teenage Engineering, namun ia lebih berat sedikit berbanding Ear (stick) di mana Ear (1) mempunyai berat 4.7 gram untuk sebelah fon telinga.

    Selain itu, rekaan fizikal Ear (stick) juga nampak berlainan dengan Ear (1) kerana ia tidak mempunyai hujung silikon dan sebaliknya hanya mempunyai hujung plastik seperti pada Apple AirPods. Ketiadaan hujung silikon ini mungkin ciri yang membuatkannya lebih ringan berbanding Ear (1).

    Sungguh pun demikian, Ear (stick) masih mempunyai rekaan lutsinar yang merupakan ciri unik untuk pada Ear (1) sebelum ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon telinga ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured