More

    Nothing dijangka akan lancarkan Phone (4a) dan (4a) Pro bersama Headphone (a)

    Nothing dilaporkan sedang bersiap untuk melancarkan Phone (4a) dan Phone (4a) Pro sebagai penerus kepada siri Phone (3a) yang dilancarkan pada bulan Mac. Kedua-dua model dijangka menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon siri 7 Gen 4, walaupun masih belum jelas sama ada kedua-dua akan menggunakan Snapdragon 7 Gen 4 yang sama atau jika model asas akan mendapat 7s Gen 4 dan model Pro akan mendapat 7 Gen 4.

    Varian Pro dikatakan menyokong eSIM secara eksklusif dan pilihan warna yang disebut termasuk biru, merah jambu, putih dan hitam. Untuk konfigurasi 12GB + 256GB, harga tertiris ialah sekitar US$475 (~RM1,950) dan US$540 (~RM2,225) yang kemungkinan besar merujuk kepada Phone (4a) dan Phone (4a) Pro masing-masing berdasarkan kadar pertukaran semasa.

    Selain telefon, Nothing juga dikatakan akan memperkenalkan Headphone (a), model fon kepala yang lebih mampu milik dengan binaan plastik sepenuhnya serta palet warna termasuk merah jambu, kuning, putih dan hitam. Headphone (a) ini dijangka menjadi pilihan alternatif kepada Nothing Headphone (1) sambil menawarkan gaya dan harga yang lebih rendah.

    Jika semua maklumat ini tepat, pelancaran ini menunjukkan usaha Nothing untuk terus memperkukuh posisi mereka dalam segmen peranti pertengahan yang bergaya dan berpatutan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured