More

    Nothing Dream Phone muncul dengan bicu audio, slot microSD dan kamera swafoto “pop-up”

    Nothing baru-baru ini memperkenalkan satu konsep telefon baharu yang dinamakan sebagai Dream Phone iaitu projek eksperimental yang dibangunkan berdasarkan cadangan serta maklum balas daripada komuniti pengguna mereka. Tidak seperti trend semasa yang semakin memfokuskan kepada peranti bersaiz besar, Dream Phone tampil dengan rekaan kompak di bawah 6 inci bagi menawarkan penggunaan yang lebih selesa dan mudah dibawa.

    Antara ciri yang paling menonjol ialah pengembalian bicu audio 3.5mm dan slot kad microSD untuk storan tambahan iaitu dua ciri yang semakin banyak ditinggalkan oleh pengeluar telefon pintar sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada bahagian hadapan, ia menggunakan kamera swafoto jenis pop-up yang menyembunyikan sistem dwi-kamera bagi membolehkan paparan penuh tanpa takuk atau lubang kamera pada skrin.

    Bahagian belakang pula terdapat modul kamera direka hampir rata dengan badan peranti untuk mengurangkan kesan bergoyang apabila diletakkan di atas permukaan rata. Selain itu, ia akan menjalankan Nothing OS dengan pendekatan ringan dan tanpa aplikasi pra-pasang tambahan selari dengan identiti minimalis yang dibawa oleh jenama tersebut.

    Peranti konsep ini dicadangkan menggunakan bateri silikon-karbon berkapasiti 3,800mAh iaitu teknologi bateri yang semakin mendapat perhatian kerana potensi menawarkan ketumpatan tenaga lebih tinggi dalam ruang yang lebih kecil. Untuk pengetahuan, Dream Phone tidak dirancang untuk pengeluaran komersial dan hanya dibangunkan sebagai eksperimen kreatif untuk menunjukkan ciri yang masih diinginkan oleh pengguna.

    Walaupun tidak akan memasuki pasaran dalam bentuk semasa, konsep ini secara tidak langsung memperlihatkan bahawa masih terdapat permintaan terhadap telefon bersaiz kompak, storan boleh dikembangkan serta pengalaman penggunaan yang lebih praktikal. Tidak mustahil sebahagian idea ini akan diterapkan pada produk Nothing akan datang.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured