More

    Nothing ear (1) edisi hitam dilancar di Malaysia: Miliki ANC, IPX4 dan bateri 34 jam berharga RM499

    Nothing telah mengumumkan fon telinga wayarles ear (1) edisi hitam matte yang telah tiba di Malaysia. Peranti ini boleh digunakan selama 34 jam dengan sarungnya dan mempunyai pemacu 11.6mm pembatalan bunyi aktif (ANC) berharga RM499.

    Fon telinga ear (1) adalah neutral karbon seberat 1.78kg akan menggunakan label pembungkusan baharu. Menurut Carl Pei, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Nothing berkata mereka telah membawa idea baharu daripada segi reka bentuk dan membawa teknologi label ketelusan karbon pada produk mereka.

    Selain itu, Nothing juga bekerjasama dengan Crossover Malaysia untuk mengeluarkan ear (1) baharu Edisi Hitam. Pra-jualan ear (1) edisi hitam akan tersedia secara eksklusif di Crossover Online, Sunway Pyramid dan Mid Valley Store mulai 8 Disember 2021. Stok amat terhad dan tersedia untuk beberapa pembeli terawal sahaja.

    Jualan terbuka ear (1) edisi hitam akan bermula pada 12 tengah malam (waktu Malaysia) pada 17 Disember di kedai rasmi Shopee dan di semua kedai yang disahkan seperti SenQ, Harvey Norman, DirectD dan banyak lagi. Nothing ear (1) menjadi salah satu produk yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini dengan pengeluaran lebih 220,000 unit.

    Nothing Ear (1) hitam menghasilkan bunyi yang jelas dengan prestasi bass, pertengahan (mid) dan treble dengan pemacu 11.6mm dan ruang bunyi yang luas. Ia juga dilengkapi dengan kalis air IPX4, tiga tetapan pembatalan bunyi aktif (ANC) untuk mengurangkan bunyi latar seperti angin dan tiga mikrofon definisi tinggi untuk ketepatan dan kejelasan suara.

    Ia boleh bertahan sehingga 5.7 jam masa mendengar dan sehingga 34 jam dengan sarung yang menyokong pengecasan ultra-pantas di mana 10 minit pengecasan boleh bertahan sehingga 8 jam. Anda boleh memilih tetapan ear (1) seperti penyama (equalisers) dan gerak isyarat kawalan (control gestures) di aplikasi ear (1) yang tersedia pada iOS dan Android. 

    Anda boleh mengikuti perkembangan Nothing di Instagram, Twitter, Tiktok atau lawati laman web Nothing. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured