More

    Nothing Ear (3) bakal dilancar secara global pada 18 September ini

    Nothing mengesahkan bahawa fon telinga wayarles (TWS) terbaharu Ear (3) akan dilancarkan secara rasmi pada 18 September 2025. Pelancaran dijangka berlangsung pada jam 1 petang waktu UK atau sekitar 8 malam waktu Malaysia. Setakat ini, belum diketahui sama ada Nothing akan mengadakan acara khas atau sekadar menyiarkan video pelancaran secara dalam talian.

    Nothing sebelum ini memperkenalkan model Ear (1), diikuti Ear (2), kemudian Nothing Ear tanpa nombor. Kini, Nothing kembali menggunakan angka dengan Ear (3) yang dilihat dapat mengurangkan kekeliruan dalam kalangan pengguna walaupun produk ini sebenarnya merupakan generasi keempat dalam siri tersebut.

    Walaupun spesifikasi rasmi masih belum didedahkan, imej pengacah yang dikongsi memperlihatkan rekaan lutsinar ikonik yang sinonim dengan jenama itu dan dipercayai hadir bersama tip silikon untuk keselesaan lebih baik. Penambahbaikan dijangka pada ciri seperti pembatalan hingar aktif (ANC), kawalan sentuh dan jangka hayat bateri.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured