More

    Nothing Ear (3) rasmi di Malaysia dengan Super Mic, ANC lebih pintar dan bateri hingga 38 jam berharga RM759

    Nothing hari ini mengumumkan pelancaran fon telinga wayarles Ear (3) terbaharu yang mengekalkan identiti rekaan lutsinar ikonik tetapi kali ini diserikan dengan kemasan logam. Ear (3) hadir dengan peningkatan audio dan berkomunikasi yang lebih jelas termasuk ciri baharu Super Mic yang unik di dalam bekas pengecas.

    Super Mic membolehkan pengguna menjawab panggilan atau merakam nota suara terus daripada bekas pengecas dengan menekan butang TALK. Rakaman nota suara ini turut boleh diselaraskan dan ditranskrip melalui aplikasi Essential Space di peranti Nothing. Setiap Ear (3) dilengkapi tiga mikrofon dan cip VPU bone-conduction untuk mengesan getaran suara dengan lebih tepat disokong AI Multi-channel ANC yang dilatih dengan lebih 20 juta jam audio.

    Teknologi ini membolehkan pengurangan hingar sehingga 45 dB dan penapisan angin lebih 25 dB dengan sistem Adaptive ANC yang melaras secara automatik mengikut persekitaran. Ear (3) menggunakan pembesar suara 12 mm dengan diafragma berpattern untuk keluaran bunyi bass lebih dalam dan treble lebih jernih.

    Sambungan turut diperkukuh dengan antena MIM 0.35 mm yang dikatakan meningkatkan kuasa pemancaran sehingga 15% berbanding generasi terdahulu. Bateri pada setiap fon telinga berkapasiti 55 mAh yang mampu bertahan sehingga 10 jam main muzik atau sehingga 38 jam bersama bekas pengecas.

    Pengecasan pantas 10 minit melalui USB-C memberi tambahan 10 jam masa main dan menyokong pengecasan wayarles. Ear (3) hadir dengan Bluetooth 5.4 + LDAC, latensi rendah <120 ms serta menyokong Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair. Penarafan kalis air IP54 turut ditawarkan.

    Nothing Ear (3) akan dijual pada harga RM759 dengan pilihan warna hitam dan putih dengan jualan terbuka bermula 6 Oktober 2025 melalui saluran rasmi dalam talian seperti Nothing.tech, Lazada Nothing Flagship Store, Shopee Nothing Official Store dan Nothing Malaysia TikTok Shop serta di rangkaian pengedar terpilih termasuk DirectD, TMT, Urban Republic, Vivid Concepts, TAC Mobile, SS Solution dan Nothing Image Store.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured