More

    Nothing Ear (Open) didedah sepenuhnya sebelum pelancaran rasmi

    Nothing kini masuk sebagai pesaing baharu dalam pasaran fon telinga terbuka. Ia telah disahkan melalui laporan oleh WinFuture yang turut mendedahkan kumpulan imej Nothing Ear (Open) yang ditetapkan untuk diumumkan secara rasmi esok (24 September 2024).

    Dikhabarkan Nothing Ear (Open) akan menampilkan pemacu 14.2mm dan reka bentuknya mirip seperti SoundCore dan JBL. Ia akan menawarkan hayat bateri sehingga 8 jam untuk sekali cas. Digabungkan dengan kotak pengecasan, baterinya boleh melonjak kepada 30 jam. Perlu diingat bahawa ini adalah penurunan sedikit berbanding dengan Nothing Ear 2.

    Sebagai fon telinga terbuka, tidak mungkin Nothing Ear (Open) akan mendapat sokongan Active Noise Cancellation (ANC). Ini kerana kedudukan fon telinga terbuka terletak di luar atau hanya sebahagiannya di dalam saluran telinga. Ia membolehkan bunyi ambien mengalir masuk dengan bebas.

    Setiap fon telinga dikatakan mempunyai berat hanya 8.1 gram dan kedua-dua putik serta kotak pengecasan mempunyai penarafan kalis percikan IP54. Spesifikasi menarik lain ialah sokongan ChatGPT apabila dipasangkan dengan Nothing Phone dan mungkin terdapat mod “Bass Enhance”. Nantikan esok untuk pelancaran dan pengumuman harga Nothing Ear (Open).

    Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WinFuture

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured