More

    Nothing Ear (Open) sah bakal dilancarkan pada 24 September ini

    Pada acara IFA awal bulan ini, Nothing mengacah fon telinga Ear (Open) dan kini, tarikh pengumuman rasmi untuk peranti itu telah didedahkan. Ia akan dilancarkan pada 24 September jam 7 petang waktu Malaysia mengikut saluran media sosial Nothing.

    Nothing tidak mendedahkan secara langsung tentang acara tersebut dan tiada kebocoran atau khabar angin tentang produk Nothing yang akan datang selain daripada Ear (Open). Ini akan menjadi penyertaan pertama Nothing ke dalam pasaran fon telinga terbuka yang berkembang pesat.

    Nothing sebelum ini telah memperkenalkan fon telinga gaya tradisional dengan Nothing Ear dan Nothing Ear (a) pada awal tahun ini. Dengan pelancaran Ear (Open), Nothing akan mempunyai tiga fon telinga wayarles dalam segmen yang berbeza.

    Sama-sama nantikan pada 24 September ini untuk mengetahui butiran dan spesifikasi yang ditawarkan oleh Nothing pada Ear (Open). Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X Nothing

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured