More

    Nothing mengacah imej rasmi pertama Phone (3), bakal dilancar Julai ini

    Nothing telah mendedahkan pengacah rasmi pertama untuk telefon andalan terbaharunya iaitu Nothing Phone 3 yang dijadualkan dilancarkan pada Julai 2025. Melalui imej yang dikongsi, peranti menampilkan rekaan belakang dengan tekstur dwi-tona yang unik serta penambahan butang fizikal baharu yang dipercayai berfungsi sebagai butang kamera khusus.

    Rekaan ini mengekalkan estetika ikonik Nothing dengan Glyph LED dan panel belakang separa lutsinar. Penambahan butang kamera fizikal di bawah butang kuasa dijangka memudahkan pengguna mengambil gambar atau memulakan rakaman video dengan lebih pantas.

    Menurut Carl Pei, Nothing Phone 3 akan menjadi telefon andalan sebenar yang akan dilengkapi dengan bahan premium seperti kaca tahan lasak atau mungkin rangka titanium. Tambahnya, peranti ini akan menerima peningkatan prestasi yang ketara dengan kemungkinan menggunakan cipset terkini seperti Snapdragon 8 Elite, Dimensity 9400 atau Dimensity 9400+.

    Walaupun spesifikasi penuh belum diumumkan, Nothing Phone 3 dijangka akan mengekalkan ciri-ciri utama seperti paparan AMOLED LTPO 6.77 inci dengan kadar segar semula 120Hz, bateri 5,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas berwayar 50W dan wayarles 20W. Terdapat juga kamera utama 50MP, ultra lebar 50MP dan telefoto 50MP dengan 3x zoom optikal.

    Maklumat lanjut mengenai spesifikasi dan harga rasmi akan diumumkan menjelang tarikh pelancaran. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...