More

    Nothing mula mengacah kehadiran CMF Phone 2 dengan penambahbaikan kamera

    Syarikat teknologi Nothing secara rasmi telah memulakan kempen untuk pengganti CMF Phone 1. Pengacah pertama yang bertajuk In search of the perfect shot memaparkan bahagian belakang peranti dengan memberikan petunjuk kepada peningkatan sistem kameranya.

    Baru-baru ini, imej janaan yang belum disahkan mengenai CMF Phone 2 telah bocor menunjukkan bahawa peranti ini mungkin dilengkapi dengan sistem tiga kamera. Berdasarkan khabar angin, CMF Phone 2 dijangka hadir dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 7400, skrin OLED 6.3 inci (FHD+ 120Hz) dan bateri berkapasiti 5,000 mAh dengan pengecasan 33W.

    Selain itu, CMF Phone 2 dijangka mengekalkan reka bentuk modular seperti pendahulunya dengan panel belakang boleh tanggal dan sistem Accessory Point yang membolehkan aksesori seperti tali lanyard, pemegang kad dan kickstand dipasang dengan mudah.

    CMF Phone 2 juga dijangka dilancarkan bersama beberapa peranti lain seperti CMF Watch baharu dan fon telinga tanpa wayar. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana peranti daripada Nothing dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Nothing

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured