Tahun lepas, Carl Pei kembali dengan jenama yang dipanggil Nothing melancarkan produk pertamanya ialah Nothing ear (1). Tidak lama kemudian syarikat itu dikhabarkan mempunyai lebih banyak lagi pranti untuk dikeluarkan. Telefon pintar dijangka menjadi salah satu daripadanya dan mungkin dilancarkan pada tahun ini.
Semalam, Carl Pei memberi pendedahan bahawa telefon pintar Nothing sedang dalam pembangunan. Beliau memuat turun tweet “Kembali pada Android” dengan pujian bahawa Android 12 yang bagus. Ini menunjukkan bahawa syarikat itu sedang mengusahakan telefon pintar yang dikuasakan oleh Android 12. Namun, kami masih tidak dapat mengesahkan sebarang maklumat melalui tweetnya.
Kami turut melihat balasan daripada akaun Twitter rasmi Android dan Snapdragon yang mungkin memberi sedikit petunjuk bahawa ia merupakan telefon pintar yang dikuasakan oleh cip Snapdragon Qualcomm. Penggunaan cipset yang tepat masih tidak diketahui tetapi berkemungkinan juga peranti akan menggunakan Snapdragon 8 Gen 1 jika ia peranti andalan.
Ia mungkin membawa cipset Snapdragon 870 kerana ia adalah pilihan popular untuk telefon andalan mampu milik. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.
Sumber: TechNaveEN







