More

    Nothing Phone (2) akan dilancarkan pada 11 Julai ini

    Nothing Phone (2) akan dilancarkan pada 11 Julai ini dengan sistem operasi Nothing OS 2.0 berdasarkan Android 13. Ini merupakan satu pencapaian yang agak besar untuk syarikat, itu kerana kira-kira 100 orang yang membangunkan sistem operai tersebut daripada Nothing OS 1.5 yang ada pada Nothing Phone (1).

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nothing Carl Pei, Phone (1) boleh mula dikemas kini dengan OS baharu “pada penghujung Ogos“. Buat masa sekarang, kami masih tidak ketahui apakah keistimewaan OS ini.

    Carl Pei turut menekankan bahawa kemas kini adalah “sangat penting” untuk syarikatnya, dan berharap kehadiran OS ini memberi impak yang besar walaupun setelah keluaran Android 14 yang akan datang.

    Maklumat terkini hanya mendedahkan Nothing Phone (2) telah pun disahkan secara rasmi untuk menggunakan cipset Snapdragon 8+ Gen 1, skrin 6.7 inci dan bateri 4,700mAh. Peranti ini akan menerima 3 tahun kemas kini Android dan 4 tahun kemas kini keselamatan dari pelancaran.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured