More

    Nothing phone (1) muncul di Geekbench, dilengkapi SD 778G+ dan RAM 8GB

    Nothing phone (1) ialah telefon pintar pertama syarikat Nothing yang diasaskan oleh pengasas bersama OnePlus, Pei Yu dan ia dirancang untuk dilancarkan di India pada 12 Julai. Kini, Nothing phone (1) telah muncul di Geekbench 5 dengan skor teras tunggal sebanyak 797 mata dan skor berbilang teras sebanyak 2803 mata.

    Ia disahkan dilengkapi dengan cipset Qualcomm Snapdragon 778G+,RAM 8GB dan sistem operasi Android 12. Untuk pengetahuan, Snapdragon 778G+ telah dilancarkan pada Oktober tahun lalu yang pertama kali digunakan pada siri HONOR 60.

    Ia mempunyai satu teras besar 2.5GHz Cortex-A78, tiga teras sederhana 2.2GHz Cortex-A78 dan empat teras kecil 1.9GHz Cortex-A55 serta dan grafiknya menggunakan Adreno 642L. Terdapat video acahan yang dikeluarkan oleh Nothing di mana beberapa pakar mencuba telefon phone (1) untuk memberi pengalaman ciri glyph dengan bar cahaya di belakang telefon tersebut.

    Kualiti skrin, spesifikasi pengecasan dan ciri lain masih belum didedahkan. Disebabkan masalah kapasiti pengeluaran, Pei Yu berkata Nothing phone (1) akan dijual melalui kaedah jemputan sahaja pada peringkat awal dan akan dijual seperti biasa selepas peningkatan pengeluaran berikutnya.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured