More

    Nothing Phone (2) dilancar: SD 8 + Gen 1 dan antara muka Glyph boleh suai pada 11 LED bermula ~RM2,790

    Nothing telah melancarkan Nothing Phone (2) pada malam semalam menunjukkan beberapa perubahan dan peningkatan yang menarik berbanding Phone (1).

    Phone (2) mungkin kelihatan lebih kurang sama dengan Phone (1) tetapi peranti baharu ini mempunyai bahagian belakang yang bulat menjadikannya lebih selesa untuk dikendalikan. Ciri yang menarik perhatian kali ini adalah antara muka Glyph yang menerima kemas kini dan membawa 11 jalur LED bersegmen dengan 33 jumlah zon pencahayaan LED.

    Setiap LED mempunyai fungsi masing-masing seperti menunjukkan kelantangan audio, mengecas bateri dan pemasa. Antara muka Glyph ini boleh disuaikan di bahagian Tetapan (Settings) di mana telefon ini turut menunjukkan ciri-ciri baharu sesudah sahaja telefon diaktifkan.

    Di bahagian hadapan, Nothing menggunakan paparan LTPO OLED 6.7 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran 120Hz. Potongan lubang tebuk di bahgian tengah menempatkan kamera swafoto 32MP dengan sensor Sony IMX615 untuk rakaman video 1080p pada 60fps.

    Di bahagian belakang pula menempatkan kamera utama 50MP yang menggunakan sensor Sony IMX890, penstabilan imej OIS, EIS, mod HDR dan Motion Capture yang dikemas kini. Kamera kedua adalan kamera ultra lebar 50MP menggunakan sensor Samsung JN1 yang sama seperti pendahulunya tetapi juga mendapat keupayaan HDR Lanjutan.

    Ia menggunakan cipset Snapdragon 8 + Gen 1, menggantikan SD 778G+ pada Phone (1). Baterinya berkapasiti 4,700 mAh dengan pengecasan berwayar 45W dan pengecasan wayarles 15W. Spesifikasi lain termasuk sistem operasi Nothing OS 2.0 berdasarkan Android 13 yang menambahkan widget baharu, warna tema, susun atur folder dan penutup bergambar.

    Nothing Phone (2) hadir dalam warna putih dan kelabu gelap bermula pada $599 (~RM2,790) untuk varian 8/128GB, $699 (~RM3,255) untuk 12/256GB dan $799 (~RM3,721) pada 12/512GB. Untuk mengingatkan anda, Nothing Phone (2) akan dilancarkan di Malaysia pada 15 Julai ini.

    Ketahui lebih lanjut mengenai spesifikasi yang ditawarkan di laman web nothing.tech. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured