More

    Nothing Phone (2) sah bakal dilengkapi cipset siri Qualcomm Snapdragon 8

    Baru-baru ini di MWC 2023, Ketua Pegawai Eksekutif Nothing Carl Pei telah mengesahkan bahawa Nothing Phone (2) bakal dilengkapi cipset siri Qualcomm Snapdragon 8. Mungkin sebelum ini beliau dikritik kerana mengasilkan telefon yang unik tetapi menggunakan spesifikasi telefon segmen pertengahan.

    Maklumat tentang peranti baharu ini dijangka didedahkan dalam beberapa minggu atau bulan akan datang kerana itu adalah strategi yang disukai oleh Carl Pei. Malangnya syarikat itu tidak menjelaskan lebih terperinci selain daripada cipsetnya.

    Nothing mungkin menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 2 pada Nothing Phone (2) kerana cipset ini banyak digunakan pada peranti Android perdana yang akan keluar tahun ini. Nothing Phone (2) akan dilancarkan di AS menurut Carl Pei serta dijangka tiba pada suku ketiga tahun ini iaitu antara Julai dan September.

    Sama-sama kita tunggu pelancarannya dan khabar angin sebelum ini mendedahkan Nothing Phone (2) yang akan datang tiba dengan RAM 12GB, storan 256GB, paparan OLED 120Hz dan bateri 5,000 mAh. Diharapkan Nothing mengekalkan reka bentuk belakang lutsinar di samping LED Glyph.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: CNET

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured