More

    Nothing Phone (2a) Community Edition akan dilancar pada 30 Oktober 2024

    Nothing telah mengumumkan bahawa Projek Phone (2a) Community Edition kini telah siap dan sedia untuk dilancarkan. Perkembangan menarik ini menandakan langkah penting bagi jenama tersebut dalam usaha mereka untuk meneroka sempadan baharu dalam industri teknologi.

    Sebelum ini, Nothing telah melancarkan Phone (2a) Plus yang menawarkan beberapa penambahbaikan berbanding Phone (2a) asal pada harga RM1,999. ia membawa skrin AMOLED 6.7 inci 120Hz Full HD+, sistem operasi Android 14 dengan Nothing OS 2.6, bateri 5,000mAh, kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan pembesar suara stereo.

    Bagi mereka yang ingin ketahui lebih lanjut tentang pelancaran yang akan datang serta ciri-cirinya, peminat boleh menyaksikan Kemaskini Komuniti Nothing yang seterusnya yang dijadualkan pada 30 Oktober jam 7:00 petang Waktu Malaysia. Individu yang berminat digalakkan untuk mendaftar bagi mendapatkan notifikasi melalui laman web syarikat Nothing untuk memastikan mereka tidak terlepas sebarang pengumuman penting mengenai pelancaran yang dinantikan ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...