More

    Nothing Phone (3) dilancar: SD 8s Gen 4, AMOLED 120Hz, lampu Glyph Matrix bermula ~RM3,360

    Selepas dua tahun, Nothing telah melancarkan telefon pintar andalannya yang terbaru iaitu Nothing Phone (3). Seperti telefon-telefon Nothing sebelum ini, ia mempunyai rekaan belakang dan antara muka (UI) yang sangat unik.

    Rekaan belakangnya mempunyai garisan-garisan menegak dan susunan bonggol kamera yang tidak simetri. Ia ditawarkan dalam pilihan warna hitam atau putih serta mempunyai rating kalis air dan debu IP68.

    Untuk garisan lampu Glyph Interface yang sudah menjadi keunikan siri telefon Nothing sebelum ini, ia telah digantikan dengan Glyph Matrix baharu berbentuk bulat. Ia merupakan sebuah panel yang menempatkan 489 LED dan boleh menunjukkan pelbagai jenis corak piksel untuk pelbagai fungsi berlainan, seperti notifikasi daripada aplikasi yang berasingan, panggilan telefon, penunjuk waktu, cermin untuk swafoto menggunakan kamera belakang dan penunjuk tahap bateri.

    Ia dilengkapi sistem operasi Android 15 Nothing OS 3.5 yang menyediakan pelbagai pengubahsuaian, pek ikon dan animasi unik serta penggunaan yang lancar, dengan AI Engine yang lebih pantas sebanyak 60% berbanding Nothing Phone (2). Ia akan menerima kemas kini Android utama selama enam tahun dan kemas kini keselmatan selama tujuh tahun.

    Satu lagi ciri baharu adalah Essential Space yang merupakan ruang memori kedua dan boleh diakses menggunakan butang Essential Key di bahagian sisi, serupa seperti Nothing Phone (3a). Essential Key boleh mengambil tangkapan skrin, rekod nota suara dan menyusun kandungan tersebut dengan bantuan daripada pemprosesan AI.

    Untuk spesifikasi, ia dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8s Gen. Jika dibandingkan dengan Phone (2), telefon ini menawarkan peningkatan prestasi CPU sehingga 36%, prestasi grafik sehingga 88% dan prestasi AI sebanyak 60%.

    Baterinya berkapasiti 5,150mAh dan Nothing mengatakan ia cukup untuk memainkan video YouTube selama 19 jam. Sewaktu mengecas, ia menyokong kadar pengecasan pantas 65W dan pengecasan wayarles 15W. Pengecasan daripada 1% hingga 50% mengambil masa 19 minit, mankala sehingga 100% mengambil masa 54 minit.

    Skrinnya menggunakan panel AMOLED berukuran 6.67 inci dengan resolusi 1260×2800, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 4,500 nits. Untuk kamera pula, di belakang ia mempunyai kamera utama 50MP dengan OIS, kamera telefoto periskop 50MP dengan zum optikal 6x dan zum digital 60x, serta kamera ultra-lebar 50MP. Di hadapan pula, terdapat kamera 50MP untuk swafoto.

    "
    "

    Nothing Phone (3) akan dijual pada harga USD799 (~RM3,560) untuk varian memori 12GB+256GB. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...