More

    Nothing Phone (3a) Lite akan dilancar pada 29 Oktober 2025

    Nothing mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Nothing Phone (3a) Lite pada hari Rabu, 29 Oktober 2025 jam 1:00 petang waktu United Kingdom (9:00 malam waktu Malaysia).

    Buat masa ini, Nothing masih belum mendedahkan reka bentuk atau spesifikasi dalaman telefon ini. Syarikat teknologi dari UK itu sekadar berkongsi video acahan yang mungkin menunjukkan sebahagian kecil daripada reka bentuk telefon ini.

    Ia dikhabarkan akan mempunyai permukaan belakang lutsinar yang sinonim dengan telefon-telefon Nothing yang lain serta lampu Glyph Interface yang lebih ringkas.

    Sebelum ini, ia telah pun tertiris dalam Geekbench dan menunjukkan bahawa ia dilengkapi RAM 8GB, storan dalaman 128GB dan cipset MediaTek Dimensity 7300.

    Harganya untuk pasaran Eropah dijangka bermula €249.99 (~RM1,230). Jika anda berminat untuk memiliki telefon pertengahan Nothing, dua model sudah pun ditawarkan dalam pasaran Malaysia iaitu Nothing Phone (3a) bermula RM1,699 dan Nothing Phone (3a) Pro bermula RM1,999.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Nothing Phone (3a) dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured