Nothing dijangka akan memperluas barisan telefon pintarnya dengan model yang lebih mampu milik. Selepas melancarkan Phone (3a) dan Phone (3a) Pro awal tahun ini, syarikat yang berpangkalan di London itu dilaporkan bakal memperkenalkan Nothing Phone (3a) Lite.
Menurut laporan daripada khabar angin, peranti baharu ini dijangka dilancarkan tidak lama lagi di India dan pasaran global lain. Ia dikatakan hadir dengan satu konfigurasi sahaja pada RAM 8GB dan storan 128GB serta dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.


Nothing Phone (3a) Lite dijangka akan mula dijual di Eropah pada 4 November 2025 dengan harga sekitar €249.99 (~RM1,275) di Perancis dan serendah €239.99 (~RM1,225) di beberapa negara lain. Walaupun spesifikasi penuh masih belum didedahkan, harga yang kompetitif ini menunjukkan bahawa Nothing sedang menyasarkan pasaran telefon pintar peringkat permulaan.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber” Dealabs (Perancis)






